Hampir 20tahun baru muncul mak kandung bawa aku pulang, syukur dulu mak bgi pada keluarga angkat

Aku ni anak angkat. Emak kandung aku serahkan aku kepada mama abah aku waktu umur aku 3 tahun. Sebab aku ni anak ke 5 waktu tu.

Emak kandung aku tak mampu nak jaga aku. Mama abah selalu cakap, lama nak pujuk aku waktu awal-awal aku pindah masuk rumah ni. Agaknya waktu tu aku dah kenal orang.

Jadi mama abah ni orang asing pada mata aku. Mama abah kata aku asyik menangis. Berbulan jugak. Aku ni pun anak yang agak degil jugak.

Tapi nasib aku baik, mama abah aku baik dan tabah jelah layan perangai tak semenggah mana aku ni. Tak pernah sekali pun mama abah ungkit pasal status aku ni. Semua sama rata.

Rupanya, lepas serahkan aku ke keluarga angkat dulu, emak kandung aku ni tetap mengandung dan mengandung lagi. Aku ada tambah 3 orang adik lain rupanya. Hahaha.

Seminggu lebih tinggal dengan keluarga emak kandung aku, banyak benda aku perhatikan. Emak kandung aku, tinggal dengan 6 orang anak dia.

4 dah kahwin, 2 masih bersekolah. Yang masih bersekolah ni, tidur bergelimpangan diruang tamu, sebab bilik-bilik semua yang dah kahwin dah conquer.

Lepastu aku pening. Pening sebab keluarga ni agak ” loud ” lah. Bila bercerita, masing-masing akan potong cakap masing-masing, sampai tak sempat aku nak kejar biji butir isi perbualan diorang. Abah aku paling marah bila kami ni potong cakap orang.

Mama abah aku ajar, kau tinggal kat situ, itu rumah engkau, kau bertanggungjawab untuk sama-sama jaga.)

Macam biasa, puas jugak abang-abang seemak dengan aku ni ketawakan aku. Siap ada yang cuba tarik aku dan cakap “orang perempuan ramai kat rumah ni, kau tak payah buat”.

Sejujurnya, attitude diaorang ni out sangat. Yang lelaki lepas makan, campak dalam singki. Bukak baju, baling letak tepi.

Yang perempuan buat kerja, membentak-bentak tunjuk perasaan, raya haritu, banyak jugak cawan pecah. Hahaha..

Sakit hati aku tengok abang aku, hisap rokok, asap menyembur depan muka anak dia yang baru 8 bulan tu. Terkejut bila dengar emak kandung aku, panggil anak dia sendiri “gemuk macam b*bi”.

Aku cuma nak cakap, kalau ada pembaca yang masih tengah berkira-kira nak serahkan anak pada keluarga angkat, just do it. Tapi jangan lah main campak je.

Emak kandung aku kata, mama dengan abah ni orang ke 13 yang dia jumpa dan interview lah kiranya, waktu nak serahkan aku dulu.

Dan untuk itu, aku sangat-sangat berterima kasih pada emak kandung aku. Yelah, kadang-kadang serahkan anak kandung kau kepada keluarga angkat adalah perkara paling berperikemanusiaan kau boleh buat. Jadi, kalau sangat terdesak, buat lah.

Allah swt tulis sesuatu takdir tu sesuai dgn kemampuan hambaNya..Perkara yang tak baik hadir depan mata kita berlaku ada sebabnya..

mungkin Allah hadirkan kita sebagai Khalifah untuk membetulkan keadaan kan

Sumber KuasaViral

Be the first to comment on "Hampir 20tahun baru muncul mak kandung bawa aku pulang, syukur dulu mak bgi pada keluarga angkat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares