Anak lelaki salah pilih periuk merebus telur, sikap si ibu buat ramai tak senang duduk – “Dah besar tak pandai masak…

SIAPA sangka posting yang dikongsi di Facebook akhirnya memakan diri sendiri apabila tuan punya badan pula yang dikecam netizen.

Begitulah kisahnya mengenai seorang ibu yang berkongsi perihal kegagalan anak lelakinya yang masuk dapur merebus telur.

Anak lelaki rebus telur. Aduhai, besarnya kuali. Bukan tak nak beri orang lelaki masak tapi betul tak beginilah jadinya kalau orang lelaki masuk dapur,” tulisnya dengan menyertakan sekeping foto.

 

Artikel Berkaitan : Dah ler tak lucu!! Ahli grup FB masakan popular buat laporan polis selepas foto masakan dihina – “Mereka macam tak puas hati”

 

Dalam foto itu, kelihatan dua biji telur direbus dalam periuk yang terlalu besar, seolah-olah tidak sesuai dengan saiznya.

Posting itu pada mulanya dikongsi di laman Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official sebelum ditularkan oleh seorang individu di Twitter.

“Bukan lelaki tapi anak awak. Saya dah betulkan (kenyataan),” tulis pelayar Twitter itu.

Kata netizen, mereka juga akan putus asa sekiranya usaha masuk ke dapur dipertikaikan orang lain. (Gambar Hiasan)

Jelasnya, kapsyen wanita itu seolah-olah bersikap serkap jarang terhadap semua lelaki sedangkan kesalahan merebus telur sebagaimana dikongsikan itu adalah perbuatan anaknya.

“Rasa kesian pula dekat lelaki dalam family dia. Sepatutnya benda macam ni tak jadi isu pun, yang kena didik tu tugas awak sebagai mak dan ayah

“Kira baguslah anak lelaki dia ada ‘feel’ nak masuk ke dapur dari buta kayu dalam bilik tak reti buat apa.

“Aku yang perempuan pun bila kena kondem dekat dapur, memang selalu putus rasa nak masak, seronok masak bila seorang.”

PELAYAR TWITTER

“Cerita bab pengalaman, sejujurnya macam ni lah aku bila zaman awal remaja baru nak kenal dapur tapi ibu abah tak bising pun, yang depa bising kalau buat kerja tapi tak reti kemas,” ujar jejaka itu lagi.

Posting di Twitter itu ternyata menarik perhatian ramai di Twitter.

Malah ia sehingga kini menerima lebih 15,000 ulang kicau (Retweet).

Menurut netizen, sikap wanita itu juga boleh menyebabkan anak lelaki putus semangat untuk masuk ke dapur.

Posting tular di Twitter.

Ada juga netizen yang berkata kaum Adam sebenarnya lebih hebat beraksi di dapur berbanding wanita dan buktinya ramai cef popular merupakan lelaki.

“Top cef kat dunia majoriti lelaki dan banyak Michelin Star restaurants penuh dengan pekerja lelaki.

Posting asal yang dikongsi di Facebook.

“Aku yang perempuan pun bila kena kondem dekat dapur, memang selalu putus rasa nak masak, seronok masak bila seorang.

“Dulu-dulu masa kecil, bila masa dapur je mama tak bagi tolong apa semua sebab rasa macam mengacau. Padahal time tu teringin nak belajar memasak. Bila dah besar ni tak pandai masak marahnya bukan main lagi,” tulis beberapa netizen.

 

sumber : MStar

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Anak lelaki salah pilih periuk merebus telur, sikap si ibu buat ramai tak senang duduk – “Dah besar tak pandai masak…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares