“Dear love… malam itu takbir berbeza tanpa kamu!” Video BCL Buat Mata Masuk Habuk

SAMBUTAN Aidilfitri tahun ini cukup berbeza buat penyanyi Bunga Citra Lestari apabila dia meraikan hari lebaran itu tanpa suami tercinta iaitu Allahyarham Ashraf Sinclair dan menyambutnya dalam keadaan norma baharu akibat penularan wabak Covid-19.

Meskipun kemeriahan tidak sama seperti tahun sebelum ini, namun Bunga dan keluarga masih mengekalkan tradisi yang sama seperti ketika arwah masih hidup.Malam itu kita sekeluarga membacakan surah Yasin untuk kamu, itu kami lakukan setiap malam dan kami tidak lepaskan malam itu tanpa takbir seperti kamu lakukan malam tahun lalu… cuma kali ini berbeza tanpa kamu dan kami bertakbir secara online bersama ustaz.

“Kita solat raya di rumah… sangat indah dan pengalaman baharu Aidilfitri tahun ini. Rasanya sangat berbeza ditambah pula kondisi pandemik, tak boleh keluar rumah untuk bersolat atau beraya bersama.

“Lebaran kali ini seperti biasa saya siapkan makanan seperti semasa kamu ada… saya jaga tradisi ini untuk bagi Noah biasa dengan kehidupan baharu ini,” katanya.

Bunga bersama anak tunggalnya, Noah.

Penyanyi lagu Cinta Sejati ini berkongsi momen menyambut Aidilfitri tahun ini menerusi laman Youtube pada Ahad.

Dalam video yang dimuat naik itu, Bunga turut mengimbau kembali kenangan meraikan hari raya bersama Allahyarham pada tahun sebelum ini.

Selain anak mereka, Noah, turut kelihatan ibu bapanya, Muchlis Rusli dan Emmy Syarif serta ibu mentua, Khadijah Abdul Rahman dan beberapa orang saudara terdekat.

Bunga bersama keluarganya.

Sementara itu, Bunga meluahkan rasa syukur kerana masih diberikan kesempatan untuk meraikan Aidilfitri bersama insan tersayang ketika orang ramai kini sedang berdepan pelbagai dugaan dan ujian.

“Itu tidak mengurangkan kemuliaan Aidilfitri, kami bermaaf-maafan dan melalui momen ini kita makin sedar bahawa di luar segala cubaan mendatang, namun kita bersyukur masih ada bersama.

“Kita duduk bersama berkongsi kasih sayang, ummi (ibu Ashraf) sudah dua bulan berada di Indonesia jauh dari keluarga di Malaysia menemani saya dan Noah, juga pada ibu dan ayah serta semua… saya ingin mengucapkan terima kasih kerana mereka berada bersama saya.

Gambar kenangan… Bunga bersama keluarga Ashraf ketika sambutan Aidilfitri tahun lalu.

Dear love, meskipun ragamu sudah tiada tapi jiwamu sentiasa ada bersama saya dan doa untukmu cara untuk saya meluahkan rasa cinta… I miss you each and everyday!,” ujarnya.

Allahyarham Ashraf Sinclair meninggal dunia akibat serangan jantung pada 18 Februari lalu di Jakarta, Indonesia.

Pemergian arwah Ashraf bukan sahaja memberi tamparan kepada keluarga malah semua yang mengenalinya terutama rakan selebriti serta peminat dari Indonesia dan Malaysia.

Bunga, 37, dan Ashraf mendirikan rumah tangga pada 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 10 tahun.

 

Peminat juga bersedih

Rata-rata penonton juga bersedih dan menangis menonton video ini. Mereka turut memberi kata-kata semangat buat Bunga untuk meneruskan kehidupan bersama anak tanpa Ashraf disisi.

Sumber :MStar

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Dear love… malam itu takbir berbeza tanpa kamu!” Video BCL Buat Mata Masuk Habuk"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares