Seorang asyik nak cepat dalam segala hal, seorang lagi cakap pasal kain kafan… rakan mangsa tragedi lemas baru sedar mereka sebenarnya bagi hint nak ‘pergi’

TRAGEDI tiga beradik lemas ketika mandi di Sungai Terengganu dekat Kampung Kuala Telemong, Hulu Terengganu pada Syawal keempat yang lalu pasti menjadi igauan ngeri buat keluarga mereka.

Kesemua jenazah tiga beradik itu iaitu Umar Iskandar Mohd, 21; Khairil Firdaus Mohd, 17, dan Khalif Naim Mohd disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Alor Limbat, Bukit Payung di Marang selepas solat Asar, Khamis lalu.

Turut terkesan dengan tragedi itu adalah salah seorang sahabat baik arwah Khalif Naim iaitu Muhammad Akram Adnan yang berkongsi momen terakhir bersama sewaktu di sekolah menerusi satu posting di Twitternya.

ARTIKEL BERKAITAN:  “Aku penatlah esok aku nak tidur“ – Bangun sahur awal, selera lain macam… rider ‘tutup mata’ selamanya selepas beli baju raya 4 adik

ARTIKEL BERKAITAN:   AL-FATIHAH – Ketiga2 Mangsa Lemas Selamat Dikebumikan

 

Perkongsian tersebut mendapat 14,700 ulang kicau dan 21,400 tanda suka di platform media sosial itu.

Menurut Muhammad Akram atau lebih mesra disapa Akram, mereka bersahabat baik kerana menuntut di Sekolah Menengah Imtiaz, Kuala Berang, Terengganu sejak empat tahun lalu.

Akram (kanan) bersama arwah Khalif.

“Kami kenal dah empat tahun. Memang kami rapat. Duduk dalam kelas pun semeja dan kami tinggal satu asrama.

“Lagipun banyak kenangan kami bersama masa traning bola sepak. Kami sama-sama wakil sekolah.

“Jadi bila dapat tahu dia dah tak ada memang saya sedih. Terkejut pun ada sebab tak sangka dia pergi terlalu awal,” katanya kepada mStar.

Jelas Akram, sebelum Khalif meninggal dunia, arwah kelihatan bersungguh-sungguh mahu menghabiskan hafazan 30 juzuk al-Quran pada 10 Mac lalu.

“Saya masih ingat lagi sebelum cuti sekolah pada Mac lalu arwah sempat habiskan hafazan 30 juzuk al-Quran.

“Dan dia mesti orang paling last dalam surau kat asrama. Dialah yang akan tutup lampu dan kipas kat surau.

Arwah Khalif seorang sahabat yang baik dan suka menghiburkan rakan lain.

“Masa tu memang arwah pecut nak habiskan hafazan sebab dia kata nak habiskan juga sebelum cuti sekolah. Alhamdulillah Allah izinkan,” katanya.

Dalam pada itu, Akram berkata arwah Khalif yang juga anak bongsu enam beradik itu turut menunjukkan sikap pelik pada 10 Ramadan terakhir yang lalu.

“Masa 10 malam Ramadan terakhir yang lalu, arwah dah start tidur awal untuk buat Qiamullail.

“Saya masih ingat lagi sebelum cuti sekolah pada Mac lalu arwah sempat habiskan hafazan 30 juzuk al-Quran.”

MUHAMMAD AKRAM ADNAN

Rakan

“Kebiasaannya arwah memang suka tidur lewat. Dia akan video call atau voice call dengan kawan-kawan dulu.

“Dia juga ada hantar mesej pelik dekat salah seorang kawan kami tiga hari sebelum dia pergi. Kawan terkejut tapi dia layankan je.

“Bila dia dah tak ada barulah kami sedar, rupa-rupanya dia dah bagi hint nak pergi dulu,” katanya.

Arwah Khalif bersama rakan-rakannya semasa majlis makan malam di sekolahnya pada tahun lalu.

Akram berkata pemergian arwah Khalif masih lagi dirasai dirinya dan juga rakan-rakan lain ketika ini.

“Arwah seorang kawan yang baik dan suka hiburkan orang. Dia selalu buat lawak dengan kawan-kawan dekat asrama.

“Tapi kalau dengan orang dia tak kenal, memang dia jadi pemalu,” katanya.

Sementara itu, seorang gadis yang mengenali Umar Iskandar, seorang lagi mangsa tragedi lemas itu meluahkan perasaan sedih kehilangan arwah yang disifatkan sebagai seorang yang baik hati di Twitternya.

Gadis yang menggunakan akaun Twitter Nisaazmn berkata dia menyedari sikap pelik Umar seminggu sebelum tragedi menimpa arwah.

Dari kiri Khalif, Khairil dan Umar Iskandar (kanan) bergambar kenangan raya bersama bapa mereka Mohd Ismail.

“Memang a week before arwah tak de, he kept on saying nonsense things time otp; tragedi Aidilfitri, kain kafan, cakap pasal mati. I said I tak suka dia cakap macam tu. I tak sedap hati I takut hilang dia.

After that dia dah tak cakap macam tu dah. ‘I don’t want to make my girl sad anymore. So no more talk pasal mati OK.’ Still remember his words:’) tapi tak sangka tu semua hint yang memang akan jadi betul-betul.

Few days before Umar tak de, he cried missing arwah Ma so much when talking to me. Dia cakap dia selalu doa nak mimpi jumpa dengan arwah Ma dia tapi tak pernah dapat. His mom passed away when he was 8,” katanya.

 

sumber : MStar

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Seorang asyik nak cepat dalam segala hal, seorang lagi cakap pasal kain kafan… rakan mangsa tragedi lemas baru sedar mereka sebenarnya bagi hint nak ‘pergi’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares