Memang susah nak percaya, tapi tak sangka boleh ‘layan’ sos telur masin dengan lemang dan pisang!

JARANG tak sedap! Boleh dikatakan apa saja menu yang dipadankan dengan sos telur masin tentu akan membuka selera.

Rasa lemak-lemak masin berkrim menjadikan sos ini sentiasa digilai ramai.

Terbaharu Marrybrown berjaya mengilhamkan sos telur masin dengan cita rasa tempatan yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

Bagi menilai sejauh mana tahap kesedapannya, kami menjalankan ujian padanan sos telur masin Marrybrown dengan beberapa menu ‘luar kotak’ seperti lemang, pisang dan aiskrim vanila!

Hidangan burger dan MB Crispy Chicken yang dipadankan dengan limpahan sos telur masin cukup menyelerakan.

Hasilnya memang susah nak percaya!

Serius sedap! Bukan nak puji lebih-lebih, tapi sos telur masin Marrybrown memang lain daripada lain.

Sebenarnya Marrybrown memperkenalkan menu terbaru iaitu Burger dan MB Crispy Chicken yang rangup dengan limpahan sos telur masin yang padu!

“Kami yakin ia akan menjadi kegemaran ramai kerana diperkaya dengan sentuhan egg-stra telur masin sebenar untuk menambahkan rasa lemak berkrim, ” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown, Datuk Joshua Liew.

Untuk promosi telur masin, peminat Marrybrown mempunyai dua pilihan iaitu Salted Egg Burger yang dihidangkan bersama jejari kentang dan Salted Egg Ayam yang dipadankan dengan kentang lenyek dan salad.

Limpahan sos telur masin dengan cita rasa tempatan!

Kedua-dua pilihan ini diperkayakan dengan sos telur masin Marrybrown dengan gabungan rempah ratus istimewa bersama daun kari yang beraroma, sesuai dengan cita rasa tempatan.

Ia boleh didapati dengan harga bermula daripada RM15.00, kedua-dua hidangan kombo dihidangkan dengan minuman Heaven and Earth Ice Lemon Tea yang cukup menyegarkan.

Oh ya, anda juga boleh melayari Facebook rasmi Marrybrown untuk berpeluang memenangi baucar bernilai RM20.

Rebutlah peluang ini dan nikmatilah limpahan sos telur masin yang sangat egg-citing dan egg-stra padu!

 

Sumber : MSTAR

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Memang susah nak percaya, tapi tak sangka boleh ‘layan’ sos telur masin dengan lemang dan pisang!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares