Gitar Milik KurtCobain Terima Bidaan Tertinggi Sebanyak RM26 Juta

SEBUAH gitar milik pemuzik terkenal, mendiang Kurt Cobain berjaya dilelong dengan harga tinggi di sebuah acara di Los Angeles, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Menurut laporan The Guardian, gitar tersebut berjaya dibida pada harga AS$6 juta (RM25.6 juta) dan memecah rekod sebagai gitar paling mahal pernah dijual.

Gitar jenis 1959 Martin D-18E itu pernah digunakan Kurt Cobain ketika dia menjayakan persembahan di acara MTV Unplugged pada tahun 1993.

Pada malam tersebut, Kurt Cobain tampil bersama kumpulan Nirvana membawakan deretan lagu-lagu popular.

Rakaman penuh persembahan Kurt Cobain di acara MTV Unplugged itu boleh ditonton oleh peminat setelah kematiannya.

Untuk rekod, gitar yang pernah dilelong dengan harga tertinggi sebelum ini merupakan milik David Gilmour, Pink Floyd.

Ia dibida dengan harga AS$3.95 juta (RM17 juta).

10 Perkara Tentang Kurt Cobain Yang Ramai Tak Tahu

24 tahun yang lalu, pengasas dan frontman antara kumpulan paling terkenal dalam sejarah muzik, Kurt Cobain, telah mengambil nyawanya sendiri dengan men3mbak kepalanya menggunakan senapang patah.

Terdapat pelbagai teori yang menyangkal dakwaan bahawa Kurt membvnuh diri, namun apa sekalipun sebabnya, nyawa yang melayang tidak boleh dikembalikan.

Walaupun remaja zaman kini mungkin tidak mengenalinya,  ingin kongsikan 10 fakta tentang lagenda grunge Kurt Cobain yang ramai tak tahu.

1. Meminta lagunya sendiri untuk dimainkan di radio

Selepas melancarkan single pertama Nirvana, “Love Buzz” pada tahun 1988, Kurt memberi satu salinan kepada stesen radio kolej, KCMU. Dia kemudiannya berada di dalam kereta seharian sambil mendengar radio.

Selepas lagunya tidak dimainkan, Kurt memberhentikan kereta di tepi jalan dan mencari telefon awam. Dia kemudiannya membuat panggilan ke stesen radio tersebut dan membuat permintaan terhadap lagu Love Buzz.

2. Mahu menamakan albumnya “I Hate Myself And Want To Die”

Apabila ditanyakan bagaimana keadannya, Kurt agak kerap bergurau dengan menjawab “I Hate Myself And Want To Die”.

Jawapan itu selari dengan sifat lucu Kurt yang sarkastik dan selepas masalah mental Kurt diketahui, dia menggunakan perkara ini sebagai cara untuk mempertahankan diri untuk membuatkan situasi menjadi kurang serius.

Kurt ingin menamakan album Nirvana yang dilancarkan pada tahun 1993 dengan nama “I Hate Myself And I Want To Die”, namun pemain bass Nirvana, Krist Novoselic meyakinkan dia bahawa ia buka idea yang baik.

Akhirnya album itu diberi nama “In Utero”.

3. Kurt b3ncikan Pearl Jam

Antara salah satu kumpulan muzik paling terkenal pada tahun 1990an adalah Pearl Jam.

Walaupun Kurt mempunyai hubungan yang baik dengan Eddie Vedder, frontman kumpulan tersebut dan menggelarkannya sebagai “orang yang sangat baik”, namun Kurt b3ncikan muzik Pearl Jam.

4. Kurt pernah tinggal di bawah jambatan untuk seketika


Ketika Kurt tinggal bersamanya ibunya semasa sekolah menengah, dia diberi kata dua sama ada untuk keluar daripada rumah atau mencari kerja.
Selepas seminggu, ibunya tidak lagi tahan dengan Kurt dan memasukkan semua barangnya ke dalam kotak. Faham dengan mesej ibunya, Kurt berpindah keluar.

Untuk seketika, Kurt tinggal di rumah rakannya dan apabila dia tidak ada pilihan, Kurt akan tinggal di bawah jambatan di Aberdeen di tepi Sungai Wishkah.

Ia merupakan inspirasi tajuk album live Nirvana iaitu “From The Muddy Banks of the Wishkah”, yang juga menampilkan lagu “Something In The Way”, menceritakan kisahnya tinggal di bawah jambatan.

Krist Novoselic yang juga merupakan rakan Kurt ketika sekolah menengah memberitahu dia kerap melepak di bawah jambatan itu bersama Kurt namun tak mampu tinggal di situ kerana sangat tidak selesa dan sejuk serta air sungai pasang surut.

5. Kurt bimbang tentang tubuh badannya

Menurut Tracy Marander, bekas kekasih Kurt yang menginspirasikan lagu “About A Girl”, berat badan Kurt adalah sekitar 54 kilogram dan sukar untuk menambahkan berat badan.

Ketika di sekolah menengah, Kurt di3jek disebabkan saiz badannya dan cuba menutup badannya yang kurus dengan memakai baju berlapis-lapis.

Walaupun ketika dewasa, Kurt biasanya dilihat memakan beberapa lapis pakaian, walaupun dalam cuaca panas.

6. Jenama r0kok kegemaran Kurt

Jarang untuk kita mengenali mana-mana rockers yang tidak mer0kok, apatah lagi dari luar negara. Seperti rockers yang lain, Kurt merupakan seorang per0kok tegar.

Walaupun dia diketahui membeli beberapa jenis jenama r0kok, namun menurut sumber, Kurt lebih suka r0kok jenama Winston iaitu Winston Lights 100’s.

7. Kurt b3nci memainkan lagu “Smells Like Teen Spirit”

Ya, lagu ini adalah hit terbesar Nirvana dan ia sinonim dengan pergerakan rock pada tahun 1990an. Namun apabila lagi ini meletup, Kurt mula b3ncikan lagu ini.

Dia berkata matlamatnya menulis lagu itu pada dasarnya untuk membuat rekod dan mengalahkan kumpulan Pixie. Kurt kemudiannya enggan memainkan lagu ini di banyak konsert Nirvana.

Dan jika dia memainkan lagu ini, Kurt dengan sengaja akan merosakkan persembahan tersebut.

8. Kurt mengalami masalah perut yang serius

Dalam jurnalnya, Kurt kerap menyatakan bahawa dia mengalami sakit perut kronik. Kurt berjumpa dengan ramai doktor namun mereka tak dapat menentukan penyebabnya.

Masalah itu menjadi semakin teruk yang mana membuatkan Kurt terpaksa mengambil heroin dengan dos yang lebih tinggi untuk mengurangkan rasa sakit.

Dalam nota bvnuh dirinya, Kurt merujuk masalah perutnya: “Thank you all from the pit of my burning, nauseous stomach for your letters and concern during the past years.”

9. Sejarah nama lagu “Smells Like Teen Spirit”

Kurt mendapat nama lagu ini apabila rakannya, Kathleen Hanna yang merupakan penyanyi kumpulan Bikini Kill, menulis “Kurt Smells Like Teen Spirit” di dinding.

Apa yang dimaksudkan oleh Hanna adalah Kurt berbau seperti Teen Spirit, iaitu jenama deodoran yang dipakai oleh kekasih Kurt, Tobi Vail.

Kurt yang suka dengan nama itu menamakan lagunya yang kekal popular sehingga kini.

Kurt Cobain memberitahu bahawa dia tidak menyedari perkara itu sehinggalah beberapa bulan selepas lagu itu dikeluarkan. Dia telah menafsirkannya sebagai slogan revolusioner.

10. Kecenderungan membvnuh diri dalam keluarga Kurt

Walaupun persoalan sama ada Kurt benar-benar membvvnuh diri atau tidak, akan menjadi pendebatan selama-lamanya. Namun apa yang pasti adalah 2 orang daripada bapa saudaranya telah membvnuh diri.

Sumber : MStar / The Guardian

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Gitar Milik KurtCobain Terima Bidaan Tertinggi Sebanyak RM26 Juta"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares