Nash Panggil Aku Ustaz? Hati Azhan Rani Rasa berbunga bunga

Baru ini, pelakon bernama Azhan Rani amat terkejut setelah ditegur vokalis kumpulan Lefthanded, Datuk Nash di sebuah restoran di Shah Alam, Selangor.

“Allahuakbar berbunga-bunga rasanya kerana mereka antara kumpulan rock gergasi zaman rockers dulu, zaman aku la.”

Azhan yg kini berusia 44, berkata pada mulanya dia tidak mengenali individu yang memerhatikan gerak gerinya dan mereka hanya berbalas senyuman sebelum namanya disebut oleh Nash.

Menurut Azhan lagi, penyanyi itu juga memanggil dia dengan gelaran ‘ustaz’ kerana meminati lakonannya dalam drama Nur.

“Lepas sarapan di sebuah restoran di Shah Alam, susuk tubuh dalam gambar ni sedang perhatikan aku dia senyum saja.” Jelasnya lagi

Terdahulu, Azhan Rani telah berkongsi satu momen bertemu dengan Nash Lefthanded di Instagram.

“Aku senyum balik, lepas tu dia sebut nama aku…terus tak terkata.”

“Baru sahaja aku perasan ini bukan sebarang orang… dia legenda iaitu, Datuk Nash Lefthanded.”

“Dia panggil aku ustaz, dia follow drama Nur katanya,” tulisnya lagi

Azhan ada mengakui dia amat teruja dapat bersemuka dengan Nash dan menganggap kumpulan rock Lefthanded antara legenda terkenal sekitar tahun 80an.

Azhan popular menerusi lakonannya dalam drama Nur.

Kaset, poster majalah dan rambut panjang antara memori yang paling diingati Azhan pada ketika itu.

“Daripada zaman kaset, jeans ketat, rambut panjang mengurai, zaman poster URTV penuh dengan gambar-gambar rockers, ” ceritanya penuh teruja.

Selain itu pelakon filem Hantu Rumah Sakit Jiwa ini turut memuji sifat rendah diri Nash kerana sudi menegurnya.

Datuk Nash memang antara penyanyi rock paling aku kagum

Dalam pada itu, Azhan berkata selepas bertemu dengan Nash, dia sempat menyanyikan lagu-lagu Lefthanded semasa dalam perjalanan ke set penggambaran.

“Datuk Nash memang antara penyanyi rock paling aku kagum. Suara rock yang tiada klon langsung pada aku di tanah air ini… humble gila dia tadi.

“Lepas jumpa dia tadi aku terus ride ke set sambil feeling rock nyanyi balik lagu-lagu evergreen Lefthanded.

“Terima kasih kerana menyantuni saya tadi Datuk Nash. Semoga terus sihat dan saya dapat menonton konsert Datuk nanti,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Mstar / treandinggiler

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Nash Panggil Aku Ustaz? Hati Azhan Rani Rasa berbunga bunga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares