Nyanyi Sumbang, 1 Studio Kecoh Bila Shuk Kantoi ‘Bawa Masuk’ Anak Buah Sendiri

Buat pertama kalinya dalam I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVM), semalam seakan-akan ada sebuah kejutan besar apabila salah seorang peserta bernama D. Muhd Shyukur Ashrey didedahkan sebagai anak buah kepada pelakon serta pengacara terkenal. Maka, semua panel juri begitu teruja menantikan pendedahan yang akan dibuat demi mengetahui gerangan selebriti tersebut.

Shuk buat hal bawak anak saudara datang ICSYVM

BACA : [VIDEO] Punyalah Confident Nyanyi, Semua Panel Penyiasat ICSYVM Cabut Lari

Lebih lucu lagi sebelum nyanyian dimulakan, Shuk Sahar menyifatkan bapa saudara pemuda berkenaan akan berasa kecewa andai kata Naim Daniel salah membuat tekaan mengenai kebenaran di sebalik pemilik suara itu. Dalam masa sama, rasa curiga juga semakin menebal kerana Shuk asyik tersengih-sengih ketika memperkenalkan kemunculan Shyukur. Tekaan kebanyakan juri jemputan yang mendakwa dia sebagai penyamar suara sumbang terus menjadi realiti apabila nyanyian ‘kelautnya’ bermula.

Bila datang audition? Abang tak tahu

Apabila nyanyian tamat, Shuk mula menaiki pentas yang sama dengan langkah perlahan untuk berinteraksi bersama pemuda berkenaan. Dalam riak wajah tersipu-sipu malu, studio rancangan itu bertukar kecoh kerana rupa-rupanya pengacara terkenal yang dimaksudkan adalah Shuk Sahar sendiri. Adegan itu dilucukan lagi dengan protes besar-besaran daripada semua panel di tengah-tengah studio yang tidak berpuas hati terutamanya Jihan Muse.

Aku gelak sampai keluar air mata

Bukan sahaja di dalam studio, malahan netizen di rumah juga pecah perut dengan tayangan episod semalam. Sama seperti panel juri, mereka sendiri teruja menantikan pendedahan di sebalik bapa saudara berstatus pengacara terkenal tersebut.

 

 

Sumber : Instagram hotfm976 & TV9Malaysiaofficial

 

Be the first to comment on "Nyanyi Sumbang, 1 Studio Kecoh Bila Shuk Kantoi ‘Bawa Masuk’ Anak Buah Sendiri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares