Fazura tak nak lepas Fattah keluar rumah! – “Dia punya manja… ”

PELAKON Fattah Amin berkongsi rasa teruja menantikan kelahiran anak sulungnya bersama isteri, aktres Nur Fazura yang dijangka lahir pada Oktober depan.

Fattah, 30, berkata dia tidak sabar untuk menimang cahaya mata kerana ingin merasai sendiri pengalaman menjadi seorang bapa.

Saya teruja sebab perasaan jadi seorang bapa tu saya tak pernah alami… apabila baby lahir, dukung anak saya sendiri.

“Adik saya pun baru melahirkan, tapi perasaan pegang dan dukung baby dia tu tak sama… itu yang saya nantikan,” katanya kepada mStar.

Fattah dan Fazura merahsiakan jantina cahaya mata sulung mereka sebagai kejutan buat peminat.

Pelakon drama Hero Seorang Cinderella ini sempat bercerita tentang kerenah Fazura yang semakin manja dan tidak mahu Fattah keluar menjalani penggambaran.

“Apabila Faz hamil, dia punya manja… siap cakap kalau boleh tak nak saya pergi shooting.

“Tapi saya kata tak boleh la sampai macam tu… nasib baik Faz memahami,” ujarnya.

Bercerita tentang jantina cahaya mata sulung pasangan ini, Fattah berkata dia dan Fazura berhasrat merahsiakannya kerana mahu peminat merasa teruja dengan berita itu.

“Kami tak kisah lelaki atau perempuan sebab yang penting bayi tu sempurna dan sihat.”

FATTAH AMIN

PELAKON

Surprise! Nanti kami akan beritahu… biarlah peminat rasa teruja apabila diumumkan nanti.

“Kami tak kisah lelaki atau perempuan sebab yang penting bayi tu sempurna dan sihat. Itu saja yang kami harapkan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Fattah bersama lima rakan kongsi melancarkan program francais di cawangan restoran Meat Cartel Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.

Fattah Amin ditemui di pelancaran bisnes francais Meat Cartel pada Rabu.

“Tahun lepas, saya dan rakan-rakan buat keputusan untuk memulakan bisnes ini dan mengembangkannya di samping memberi peluang kepada usahawan bumiputera untuk membuka jenama francais yang cool seperti Meat Cartel.

“Meat Cartel BBQ adalah jenama francais mampu milik yang berkonsepkan makanan baharu dari Amerika Syarikat iaitu Smoked BBQ,” katanya.

 

Sumber  : MStar

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Fazura tak nak lepas Fattah keluar rumah! – “Dia punya manja… ”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares