[VIDEO] Lelaki Dikhuatiri Lemas Terjun Jambatan Pulau Pinang

Seorang lelaki disyaki bertindak terjun dari Jambatan Pulau Pinang Georgetown. Kejadian dipercayai berlaku sekitar 8.30 malam, selepas mangsa memberhentikan kenderaannya sebelum bertindak menerjun dari jambatan itu.

Lelaki Terjun jambatan

Video dari dashboard yang dikongsikan melalui laman pages Info Roadblock JPJ/Polis ini menyaksikan individu berusia 24 tahun keluar dari sebuah kereta jenis Perodua Bezza yang diparkir di bahu jalan, sebelum menerjun dari jambatan tersebut.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang menerima laporan mengenai insiden tersebut daripada orang awam pada jam 8.36 malam. Mereka segera bertindak ke lokasi kejadian bagi menyelamatkan mangsa yang dikhuatiri lemas itu.

 

Mangsa meninggalkan kenderaan itu dalam keadaan pintu terbuka dan telefon bimbit ditemui terjatuh berhampiran kereta.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

Ketika tiba didapati kenderaan dinaiki mangsa enjinnya masih hidup, manakala telefon bimbit mangsa ditemui di tepi jalan jambatan itu.

Bagaimanapun, punca dan motif yang dilakukan individu berusia 24 tahun itu masih lagi dalam siasatan.

Sumber: Info Roadblock JPJ/PolisNann Nazz

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "[VIDEO] Lelaki Dikhuatiri Lemas Terjun Jambatan Pulau Pinang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares