Mahkamah Vietnam hvkum m4ti wanita M’sia kes edar 3.3kg k0k4in

Mahkamah Vietnam menjatuhkan hukvman m4ti terhadap seorang wanita warga negara Malaysia pada hari Isnin setelah dia didapati bers4lah meng3dar 3.3 kilogram k0kain dari Brazil ke negara itu.

Wanita itu, yang dikenali sebagai Kalaivani G Muniandy, 40, dij4tuhkan hukvman m4ti oleh Mahkamah Bandar Ho Chi Minh atas kesal4han yang dilakukan pada Oktober 2018, menurut laporan portal berita VNExpress.

“Dia dit4ngkap pada Oktober 2018 ketika mendarat di Ho Chi Minh City dengan penerbangan Emirates dari Dubai. Pegawai kastam di Lapangan Terbang Tan Son Nhat memeriksa bagasinya dan menemui 3.3 kg k0kain yang tersembunyi di dalam kotak makanan,” kata laporan itu.

Kalaivani dilaporkan bekerja sebagai pengawal keselamatan di gudang lapangan terbang di Malaysia, dan pada ketika itu dia bertemu dengan seorang lelaki India yang dikenali sebagai Prakash.

Kedua-duanya kemudian berhubung melalui Whatsapp, sebelum Prakash dikatakan meminta Kalaivani bekerja untuknya sebagai pegawai perhubungan ke luar negara dan menghantar barangan bagi pihaknya.

“Dia menerima cadangan itu dan dibayar RM6,000 (AS$1,436) bagi setiap perjalanan selain perbelanjaan perjalanan dan penginapan,” menurut portal itu.

Sebelum wanita itu dit4ngkap, dia telah melakukan perjalanan dari Malaysia ke Sao Paulo di Brazil dalam penerbangan yang ditempah oleh Prakash, yang kewarganegaraannya masih belum dikenal pasti lagi.

Kalaivani kemudian diberikan sebuah beg berisi empat kotak makanan, yang diminta untuk dikirimkan ke sebuah hotel di Ho Chi Minh.

Dia bagaimanapun menafikan mengetahui kotak itu mengandungi d4d4h.

Sumber : malaysiakini

Be the first to comment on "Mahkamah Vietnam hvkum m4ti wanita M’sia kes edar 3.3kg k0k4in"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares