“Handa Orang Rembau Haa”

Rembau: Polis sedang mengesan seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang dikatakan memandu kereta seperti tular di Facebook, bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam berkata, usaha sedang dilakukan bagi mengesan kedua ibu bapa kanak-kanak terbabit kerana dipercayai membenarkan anak bawah umur memandu kenderaan.

“Kami sedang mengesan mereka untuk menjalankan siasatan lanjut berdasarkan maklumat video tular itu dan tindakan akan diambil.

“Bagaimanapun setakat ini kami belum menerima sebarang laporan polis mengenainya,” katanya, hari ini.

Hari ini, tular video seorang kanak-kanak lelaki memandu kereta Proton Saga dengan tajuk ‘Handa orang Rombau haa’.

Menerusi video berdurasi 53 saat itu, kanak-kanak berkenaan turut memberitahu bapanya yang mengajarnya memandu kereta apabila ditanya seorang lelaki dipercayai perakam video.

 

Berita Terbaru

Rembau: Polis mengambil tindakan saman mengikut Seksyen 111 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APK 1987) terhadap pemilik kereta selepas didapati membenarkan kenderaan terbabit dipandu kanak-kanak di bawah umur.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam berkata, tindakan itu diambil susulan tular sebuah video di Facebook (FB) yang menunjukkan seorang kanak-kanak memandu kereta dipercayai berlaku di daerah ini.

“Bertindak atas maklumat itu, polis menjalankan siasatan dan berjaya mengesan kereta serta kanak-kanak terbabit.

“Hasil siasatan awal mendapati kanak-kanak yang berusia 9 tahun itu memandu kereta berkenaan tanpa kebenaran dan pengetahuan bapanya yang berlaku di Kampung Bongek, Rembau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hari ini tular video kanak-kanak lelaki memandu Proton Saga dengan tajuk ‘Handa orang Rombau haa’.

Menerusi video berdurasi 53 saat itu, kanak-kanak berkenaan turut memberitahu bahawa bapanya yang mengajarnya memandu kereta apabila ditanya oleh seorang lelaki dipercayai perakam video berkenaan.

Anuar Bakri berkata, satu laporan polis dibuat dan pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 atas kesalahan pengabaian terhadap kanak-kanak.

Menurutnya, kes itu disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau.

Katanya, pihaknya mengucapkan terima kasih atas keprihatinan masyarakat terhadap isu berkenaan.

“Saya berharap agar masyarakat dapat terus membantu dan sentiasa menyalurkan maklumat kepada polis,” katanya.

Sumber Harian Metro

Hebat tak orang Rembau?

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Handa Orang Rembau Haa”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares